top of page
Aktiviti Terkini

COMBI kurangkan kes denggi

  • Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI (utusan.com.my)
  • Jan 29, 2015
  • 1 min read

SEREMBAN 30 Jan. – Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) di bawah Kementerian Kesihatan yang dilaksanakan di semua kawasan rukun tetangga (KRT) dan taman perumahan berjaya menurunkan kes denggi di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kadar kes yang dilaporkan sejak beberapa bulan lalu hanya mencatatkan kurang dari 10 kes seminggu.

‘‘Berdasarkan laporan, kes denggi yang dilaporkan menurun berbanding sebelum ini. Kita ambil purata seminggu 20 kes seminggu dan jika lebih dari itu, kita akan ambil tindakan serius untuk membanterasnya.

‘‘Bagaimanapun kerajaan negeri berharap, masyarakat terus berwaspada dan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan kes ini dapat dikurangkan ke tahap minimum,” katanya di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu beliau juga menjelaskan, penurunan kes denggi itu juga disumbangkan oleh program dan kempen yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan negeri selain penyertaan orang ramai melalui COMBI di setiap KRT dan taman perumahan.

Sementara itu, Mohamad turt menjelaskan, semua klinik-klinik swasta di negeri ini memberikan kerjasama dengan melapor kes denggi kepada pihak Jabatan Kesihatan.

Katanya, sehingga kini tidak ada laporan mengenai klinik-klinik swasta yang dikenakan tindakan oleh Kementerian Kesihatan kerana gagal melaporkan kes denggi.

sumber:- http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm


 
 
 

Comments


Aktiviti Yang Lepas
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic

COMBI TAMAN BAGAN PASIR - BERSAMA MEMBASMI WABAK DENGGI & NYAMUK AEDES - COMBI TAMAN BAGAN PASIR

© 2015 | Unit Media Combi Taman Bagan Pasir | email : combi_tbp@outlook.com

bottom of page