top of page
Aktiviti Terkini

Gotong-royong "Cari dan Musnah" Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

  • Unit Media COMBI TBP
  • Nov 14, 2015
  • 2 min read

gotong royong combi tbp

Sebahagian warga penduduk bersama Sukarelawan & Jiran Muda pada taklimat ringkas

GAMBAR OLEH : MHD. SUHAIMI BIN ZAWAWI

Tarikh : Sabtu, 14 November 2015

Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi

Kekuatan Sukarelawan :

1) AJK COMBI Taman Bagan Pasir

2) AJK KRT & SRS Taman Bagan Pasir

3) Pasukan Sukarelawan RELA

4) Wakil Pejabat Kesihatan Hilir Perak

5) MPTI & Kontraktor MPTI

6) Wakil Jabatan Perpaduan Daerah Hilir Perak dan Batang Padang

6) Warga Penduduk Taman Bagan Pasir

Kekuatan Jentera:

1) 1 buah lori MPTI

2) 1 buah lori kontraktor MPTI

3) 1 buah beca (untuk mengakut sampah) inisiatif warga Taman Bagan Pasir

Sasaran:

Seluruh kawasan kediaman dan tempat awam di Taman Bagan Pasir (340 buah rumah & 14 lorong, Padang Futsal, Surau,Sekolah Agama & Tapak Pasar Minggu)

Aktiviti Yang Dijalankan Seperti berikut :-

1) 7.30 pagi - 8.00 pagi:

- Semua sukarelawan dan ajk berkumpul diperkarangan pos SRS/Rela Taman Bagan Pasir (Perkarangan Surau Taman Bagan Pasir) dan jamuan ringkas disediakan oleh KRT Taman Bagan Pasir.

- Menyediakan plastik beg sampah untuk diedarkan kepada setiap rumah (berpenghuni) dan sukarelawan, sumbangan KRT Taman Bagan Pasir dan MPTI.

- Pembahagian tugas untuk melicinkan program seperti yang dirancangkan

2) 8.05 pagi - 8.30 pagi:

- Taklimat Awal dipengerusikan oleh Md Yaacob dan bacaan doa dibacakan oleh Ustaz Satibi

- Pengerusi COMBI TBP, Tn. Hj Mat Safian memberikan taklimat ringkas dan penerangan tentang nyamuk ades dan denggi.

- Ketibaan wakil-wakil Pejabat Kesihatan Hilir Perak dan wakil Jabatan Perpaduan Daerah Hilir Perak dan Batang Padang

- Pembahagian kumpulan bagi Jiran Muda Taman Bagan Pasir untuk pengagihan plastik beg ke setiap rumah

- Sesi bergambar

3) 8.40 pagi - 11.00 pagi:

- Gotong-royong dimulakan di setiap rumah oleh warga Taman Bagan Pasir dan kawasan persekitaran rumah dan lorong masing-masing dan meletakkan beg sampah yang berisikan sampah/bahan buangan boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dihadapan rumah jika selesai.

- Sukarelawan bergotong-royong membersihkan kawasan awam yang ditetapkan dan membantu di sesetengah lorong di Taman Bagan Pasir

- Jam 9.30 pagi lori mula bergerak mengutip beg-beg sampah dan warga penduduk membantu mengunakan beca mengutip sampah untuk dimasukan dalam tong lori MPTI.

4) 11.01 pagi

- Program Gotong-royong "Cari dan Musnah" Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes ditamatkan.

Rumusan Program :-

Program ini mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak Jabatan kesihatan Hilir Perak, MPTI, Sukarelawan RELA dan yang paling penting daripada warga Taman Bagan Pasir itu sendiri. Program berjalan lancar dan berjaya ditamatkan dengan jayanya mengikut jadual yang dirancang. Semoga dengan usaha ini, warga Taman Bagan Pasir dan penduduk sekitar dapat menghidarkan diri dari demam denggi seterusnya dapat hidup sihat dengan persekitaran yang bersih dan kami berharap kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dapat diteruskan pada siri yang akan datang.

GAMBAR OLEH : MHD. SUHAIMI BIN ZAWAWI

 
 
 

Comments


Aktiviti Yang Lepas
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic

COMBI TAMAN BAGAN PASIR - BERSAMA MEMBASMI WABAK DENGGI & NYAMUK AEDES - COMBI TAMAN BAGAN PASIR

© 2015 | Unit Media Combi Taman Bagan Pasir | email : combi_tbp@outlook.com

bottom of page