top of page
Aktiviti Terkini

Program Ziarah "Cegah Denggi" COMBI TBP siri 1

  • Unit Media COMBI TBP
  • Nov 13, 2015
  • 2 min read

GAMBAR OLEH : MHD. SUHAIMI BIN ZAWAWI

Tarikh : Khamis, 12 November 2015

Masa : 5.00 Ptg - 7.00 ptg

Kekuatan Sukarelawan : 25 Orang

Pemakaian: Pakaian Lengkap COMBI TBP ( Pakaian Kemas berserta Topi,Vest,Kemeja-T & Beg COMBI)

Sasaran: Seluruh kediaman Taman Bagan Pasir (340 buah rumah & 14 lorong)

Bahan Terbitan / Maklumat:

1) Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak (Teluk Intan)

- 400 bungkus Abate

- Risalah Mengenai Denggi

2) COMBI Taman Bagan Pasir

- Borang Indeks Kebersihan & Keberkesanan (setiap kumpulan)

- Risalah mengenai tempat pembiakan nyamuk aedes dan cegah denggi

- Checklist "10 Minit Cegah Denggi"

- Surat Pemberitahuan : Gotong-royong "Cari & Musnah" Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes (14 November 2015)

Aktiviti Yang Dijalankan Seperti berikut :-

1) 5.00ptg - 5.30ptg:

- AJK Combi Taman Bagan Pasir dan sukarelawan berkumpul di Pos kawalan Rela/SRS Taman Bagan Pasir untuk taklimat ringkas dan pembahagian kumpulan.

- Enam (6) kumpulan dibentuk untuk digerakkan

- Setiap Kumpulan Dibekalkan Borang Indeks Kebersihan & Keberkesanan untuk diisi dengan maklumat untuk setiap rumah yang dilawati

- Sesi Bergambar

2) 5.30ptg - 7.00ptg:

- Kesemua Kumpulan bergerak ke lorong-lorong yang ditetapkan

- Penerangan dan pengisian maklumat dilakukan disetiap rumah yang dilawati

- Pemberian abate kepada setiap rumah (yang berpenghuni) yang dilawati

- Pemberian risalah yang dibekalkan oleh Pejabat Kesihatan Hilir Perak (Teluk Intan) dan COMBI TBP kepada setiap rumah dilawati

- Pemberian "Checklist" untuk rujukan setiap rumah untuk kempen "10 Minit Cegah Denggi"

- Pemberitahuan program Gotong-royong "Cari dan Musnah" Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes

7.01ptg:

Program Ziarah "Cegah Denggi" COMBI TBP siri 1 ditamatkan

Rumusan Program :-

Setelah menjayakan program ini, kami berjaya memberi penerangan dan risalah berkaitan kepada hampir 80% rumah berpenghuni Taman Bagan Pasir tentang bahayanya denggi dan cara pencegahannya. Kami juga dapat mendekatkan diri dengan masyarakat setempat dan secara tidak langsung memperkenalkan COMBI taman bagan pasir yang telah ditubuhkan. Dan, pengumpulan "Indeks Kebersihan & Keberkesanan" dapat direkod untuk tujuan pemantauan dan perbandingan untuk siri yang akan datang.

GAMBAR OLEH : MHD. SUHAIMI BIN ZAWAWI

 
 
 

Comments


Aktiviti Yang Lepas
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Classic

COMBI TAMAN BAGAN PASIR - BERSAMA MEMBASMI WABAK DENGGI & NYAMUK AEDES - COMBI TAMAN BAGAN PASIR

© 2015 | Unit Media Combi Taman Bagan Pasir | email : combi_tbp@outlook.com

bottom of page